Dah seminggu, tiada waris tuntut kanak-kanak ditemui sendirian?

Gombak: Belum ada waris atau ahli keluarga kanak-kanak lelaki yang diserahkan orang awam ke Balai Polis Selayang pada 11 Mei lalu, tampil untuk menuntut kanak-kanak terbabit.

Ketua Polis Daerah Gombak Asisten Komisioner Zainal Mohamed Mohamed berkata, kanak-kanak itu kini diserahkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk tindakan lanjut.

Setakat ini, tiada lagi waris atau ahli keluarga yang datang untuk menuntut kanak-kanak ini. Dia dalam jagaan pihak JKM Gombak untuk tindakan lanjut, katanya.

Terdahulu, Harian Metro melaporkan polis sedang mengesan waris kanak-kanak yang diserahkan orang awam ke Balai Polis Selayang pada 11 Mei lalu.

Zainal dipetik berkata, laporan penemuan kanak-kanak berusia lingkungan tiga hingga empat tahun itu dibuat jam 2.24 petang. Katanya, ketinggian kanak-kanak itu dianggarkan kira-kira 60 sentimeter dan berkulit gelap.

Menurutnya, kanak-kanak itu dibawa ke Hospital Selayang untuk pemeriksaan lanjut.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here