Tiada notifikasi cacar monyet di Malaysia

Kementerian Kesihatan (KKM) belum menerima notifikasi berkenaan kerana membabitkan individu yang dijangkiti virus cacar monyet (monkeypox), di negara ini.

Dalam satu kenyataan, KKM berkata, ini termasuk untuk membabitkan kanak-kanak yang didakwa dijangkiti virus cacar monyet seperti dalam mesej berserta gambar yang ditularkan dalam media sosial.

Sekiranya gambar itu benar, waris kepada kanak-kanak berkenaan dinasihati untuk membawanya ke fasiliti kesihatan kerajaan berdekatan dengan segera untuk menjalani pemeriksaan dan mendapatkan rawatan, katanya menerusi entri di Facebook hari ini.

Orang ramai pula, katanya, dinasihati tidak menularkan berita yang tidak diketahui kesannya, sebaliknya menasihati pesakit atau waris yang didakwa dijangkiti itu untuk mendapatkan nasihat perubatan terlebih dahulu, jika berkaitan penyakit atau masalah kesihatan lain.

Satu gambar kanak-kanak tular di media sosial hari ini yang dikaitkan dengan kononnya kepada virus cacar monyet di negara ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah sebelum ini menjelaskan, risiko virus cacar monyet merebak ke Malaysia adalah rendah, kecuali jika seseorang individu itu ada sejarah bersentuhan dengan haiwan dijangkiti atau hubungi langsung dengan pesakitnya. Beliau berkata, kemungkinan penularan virus itu dari manusia ke adalah terhad.

Media melaporkan wabak cacar monyet direkod di beberapa negara benua Eropah seperti United Kingdom (UK), Sepanyol, Portugal, Belgium, Perancis, Itali dan Jerman, selain Amerika Syarikat (AS), Kanada serta Australia.

Setakat semalam, 100 kes lebih dilaporkan sama ada yang disahkan mahupun disyaki, kebanyakan jangkitan tidak melaporkan sejarah perjalanan ke negara yang diketahui endemik penyakit itu. Laporan awal menyatakan sebahagian kes terlibat mendapat jangkitan melalui kontak langsung dengan pesakit cacar monyet.-BH

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here