Kereta ‘terjun’ Sungai Rajang

Sibu: Pasukan mencari dan menyelamat (SAR) berusaha mengesan seorang lelaki yang hilang bersama kereta yang terjunam ke dalam Sungai Rajang, di sini, tengah malam tadi. Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada 12.40 tengah malam.

Menurutnya, lima anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sentral dikejarkan ke lokasi sejurus menerima panggilan itu. Setibanya di lokasi kami dimaklumkan kereta dipandu seorang lelaki berusia 43 tahun melanggar penghadang tepi jalan berdekatan Hotel Kingwood sebelum terjunam ke dalam sungai.

Pemeriksaan anggota bomba dan polis mendapati besi penghadang jalan terjatuh ke dalam sungai, katanya. Katanya, anggota bomba segera melakukan pencarian awal lokasi kenderaan itu dengan menggunakan ‘gripping iron’. Bagaimanapun, sehingga jam 12 tengah hari, lokasi kenderaan itu belum dapat dikesan.-MM

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here