Dr Sam letak jawatan bendahari agung PN

Kuala Lumpur,Dis-
Naib Presiden PAS, Ahmad Samsuri Mokhtar meletak jawatan sebagai bendahari agung Perikatan Nasional (PN).

“Saya ingin memaklumkan kepada semua bahawa saya, Ahmad Samsuri Mokhtar telah menghantar surat peletakan jawatan sebagai bendahari agung PN hari ini,” kata menteri besar Terengganu itu menurut Harakahdaily dalam kenyataan ringkas kepada barisan kepimpinan PAS.

Samsuri yang lebih dikenali Dr Sam tidak menyatakan sebab peletakan jawatan itu dan PN juga belum mengeluarkan kenyataan rasmi.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here