Pelajar tikam ibu diikat jamin, masih trauma

Pasie Puteh, Pelajar Tingkatan Dua yang menikam ibunya dalam kejadian dekat Bukit Yong di sini pada Selasa lalu, sudah dibenarkan bebas dengan ikat jamin polis, petang semalam. Ketua Polis Daerah Pasir Puteh, Superintendan Zaizul Rizal Zakaria, berkata pelajar itu sudah dibawa pulang ahli keluarganya.

Kita hanya tahan reman pelajar itu sehari iaitu pada petang Rabu hingga petang semalam (Khamis). Ketika dibenarkan pulang, pelajar itu masih kelihatan dalam keadaan trauma, katanya ketika dihubungi hari ini.

Zaizul berkata, bagaimanapun polis masih menjalankan siasatan lanjut berhubung kejadian. Katanya, polis kini sedang menunggu untuk mendapatkan laporan kejadian daripada mangsa iaitu ibu pelajar berkenaan. Mangsa kini berada dalam keadaan stabil namun kita bagi ruang dahulu untuk mangsa pulih sebelum menyambung siasatan,” katanya.

Selasa lalu, pelajar lelaki berusia 14 tahun bertindak menikam ibunya di bahagian dada kiri pada jam 11.45 malam. Difahamkan suspek mengalami halusinasi akibat demam sejak dua hari selepas mengikut aktiviti merentas desa yang dianjurkan sekolahnya. Ibu mangsa yang berusia 41 tahun kini mendapatkan rawatan di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM).-BH

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here