‘Saya akan jaga mereka selagi masih bernyawa’

Pasir Mas, “Selagi masih bernyawa, saya akan menjaga tiga cicit yang hilang tempat bergantung ini. Secara jujur, saya buntu memikirkan kos penjagaan mereka tetapi Insya-Allah, saya percaya rezeki ada untuk membesarkan mereka walaupun dalam keadaan serba sederhana dan tidak mewah.” Demikian tekad Zawiah Sulong, 68, yang juga nenek kepada Farrah Emirah Mazlankesan tembakan pada perut, di Kampung Repek, di sini, kelmarin.

Zawiah berkata, beliau tidak sanggup melihat kesedihan tiga anak mangsa, iaitu Mohamad Mustaqim Darwish Mustafa, 10; Nur Felissa Edriana, 5, dan Mohamad Putra Faliq, 3, namun harus kuat demi cicitnya itu yang memerlukan sokongan serta kasih sayang untuk meneruskan kehidupan. Sayu hati saya apabila Mohamad Putra Faliq masih bertanyakan ibunya kerana tidak memahami apa yang berlaku. Saya terpaksa memberitahu bahawa ibunya ‘keluar bekerja’ supaya dia berhenti menangis.

Malah, saya juga berpesan kepada anak-anak yang lain untuk terus mengambil berat akan mereka tiga beradik apabila saya juga sudah tiada nanti,” katanya ketika dihubungi, hari ini. Selain itu, Zawiah berkata, beliau akan berbincang dengan menantunya yang juga ibu mangsa, Siti Haja Said, 47, mengenai penjagaan tiga beradik terbabit, selain memastikan hubungan antara mereka terus terpelihara.

“Jika rindu pada arwah, saya akan memeluk anak-anaknya. Pemergian arwah sangat mengejutkan, justeru kami memerlukan masa. Saya berdoa semoga diri terus kuat menerima kenyataan. Apapun yang terjadi, saya tidak akan mengabaikan ketiga-tiga cicit saya ini dan berharap terus diberi kesihatan yang baik untuk membesarkan mereka,” katanya. Dalam kejadian kira-kira jam 4 petang kelmarin, mangsa ditemukan mati dengan kesan tembakan pada perut, dalam sebuah kereta yang diparkir di tepi jalan di Kampung Repek.

Media sebelum ini melaporkan cemburu ialah antara motif sedang disiasat polis berhubung kejadian menimpa mangsa yang mempunyai tiga anak daripada perkahwinan pertama dan baru bercerai dengan suami keduanya pada Februari lalu. Akibat tembakan pada mangsa, bayi dalam kandungannya turut meninggal dunia. Susulan kejadian itu, seorang daripada bekas suaminya ditahan bagi membantu siasatan.-BH

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here