Tinggal bayi, polis buru remaja perempuan

Arau: Seorang remaja perempuan susulan penemuan bayi di sebuah gerai makan berhampiran pintu masuk Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Perlis, Taman Seri Wang di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Arau Superintendan Ahmad Mohsin Md Rodi berkata, bayi perempuan yang masih bertali pusat itu ditemui orang awam yang melalui jalan berhampiran gerai makan belum beroperasi itu.

Kami terima satu panggilan telefon daripada orang awam pada 9.10 pagi yang memaklumkan penemuan bayi yang dibungkus dengan plastik hitam di hadapan gerai di Taman Seri Wang.

Siasatan awal kita mendapati pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Perlis (JKM) ada menerima panggilan telefon pada 8.20 pagi daripada seorang perempuan yang memaklumkan bahawa dia sudah meninggalkan seorang bayi berdekatan dengan UiTM Arau.

Menurutnya, polis kemudiannya memaklumkan kejadian itu kepada petugas kesihatan yang tiba pada 9.50 pagi. Petugas kesihatan membawa bayi itu ke Jabatan Kecemasan Hospital Tuanku Fauziah, Kangar untuk rawatan susulan dan dimaklumkan bahawa bayi itu berada dalam keadaan sihat dan stabil.

Buat masa ini kita sedang mengesan seorang remaja perempuan berusia 19 tahun yang dipercayai membuang bayi itu katanya. Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran.- HM

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here