Ribut badai dua kampung

Masjid Tanah: Enam rumah di Kampung Balik Batu dan Kampung Ayer Hitam Pantai, Tanjung Bidara, di sini rosak dibadai ribut, awal pagi tadi.

Dalam kejadian 1.30 pagi itu, dua rumah terjejas teruk dengan 50 peratus bumbung diterbangkan angin, manakala empat lagi mengalami kerosakan kecil.

Penduduk, Mohd Asyraf Saharudin, 25, berkata, ketika kejadian dia bersama ibu bapa dan kakak serta dua anaknya sedang tidur di bilik masing-masing. Kami terkejut dengan bunyi dentuman kuat dan segera keluar rumah, meredah hujan lebat.

 

“Sebaik keluar, 50 peratus bumbung sudah tercabut diterbangkan angin, menyebabkan ruang tamu dan dapur ‘banjir’,” katanya ketika ditemui di Kampung Balik Batu.

Mohd Asyraf berkata, dia bersyukur tiada ahli kecederaan dan mereka tidak tidur selepas kejadian disebabkan perlu membersihkan kediaman.

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here