Polis buru kumpulan samun bersenjata

Polis sedang memburu sekumpulan lelaki dipercayai melakukan samun bersenjata menggunakan kereta curi yang ditemui terbakar, di kawasan Taman Sentosa, Klang, pagi semalam.

Ketua Polis Klang Selatan Cha Hoong Fong, berkata pihaknya menerima aduan pada 11.26 pagi daripada mangsa, seorang wanita tempatan yang bekerja sebagai pengurus barangan dalam talian.

Katanya, suspek yang menaiki Perodua Myvi menyamun mangsa kira-kira 8.30 pagi di hadapan kedai di kawasan Jalan Sungai Jati, dengan menggunakan senjata menyebabkan kerugian RM3,000.

“Siasatan juga mendapati, terdapat rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang menunjukkan kejadian itu berlaku dan mangsa ada menularkan rakaman video itu di media sosial,” lapor Harian Metro.

Beliau berkata, kira-kira 10.55 pagi, polis menerima maklumat daripada orang awam mengenai kereta yang terbakar di Taman Sentosa dan menyiasat kereta itu sama digunakan ketika mangsa.

Semakan berdasarkan nombor casis dan nombor enjin kereta itu mendapati kereta terbabit dilaporkan hilang pada 14 Jul lalu, katanya. Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here