Penggal kepala rakan A. Francis dipenjara 35 tahun

Putrajaya, Jan 12.
Mahkamah menukar hukuman mati ke atas seorang lelaki yang memenggal kepala rakan sekerja, dalam ritual mendapatkan nombor loteri, kepada pemenjaraan selama 35 tahun.

Sidang tiga hakim Mahkamah Persekutuan membenarkan permohonan A. Francis, yang dibuat mengikut Akta Semakan Hukuman Mati dan Pemenjaraan Sepanjang Hayat (Bidang Kuasa Sementara Mahkamah Persekutuan).

Sidang oleh Ketua Hakim Negara Tengku Maimun Tuan Mat serta Hakim Harmindar Singh Dhaliwal dan Nordin Hassan itu memerintahkan tempoh pemenjaraan Francis, 53, seorang bekas pekerja estet kelapa sawit, bermula dari 26 Ogos 1994.

Para hakim kini boleh menjatuhi hukuman mati atau pemenjaraan sehingga selama 40 tahun bagi kes bunuh. Peguam Francis, Abdul Rashid Ismail, bagaimanapun berhujah pembunuhan itu bukan terorisme.

Francis melakukan kesalahan itu terhadap Ali Ahammed Ullah, seorang warga Bangladesh, di sebuah ladang sawit berhampiran laluan Kuala Lumpur-Kuantan-Mentakab, pada 19 Ogos 1994 antara 9 malam dan 11 malam.

Menurut fakta kes, Francis yang ketika kejadian berusia 23 tahun, melakukan kesalahan itu atas nasihat seorang bomoh, sebagai sebahagian suatu ritual.

Sebelum pembunuhan berlaku, Francis tidak henti-henti menjamu Ali dengan minuman beralkohol sehingga jadi tidak sedar. Dia kemudiannya menetak leher mangsa dengan parang.

Mahkamah Tinggi Temerloh mendapati dia bersalah dan menjatuhi hukuman mati pada 21 Okt 1996, dan keputusan itu dikekalkan oleh Mahkamah Rayuan pada 18 Sept 2002.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here