Tiga maut kemalangan

Kuching : Tiga lelaki maut, manakala seorang wanita parah dalam kemalangan membabitkan dua motosikal di Batu 12, Jalan Julau-Bintangor, dekat sini, malam tadi. Dua mangsa yang maut dikenali sebagai Mathew Many Jonathan, 25, dan Nelson Chendang, 21, manakala identiti dua lagi mangsa termasuk wanita yang parah belum dikenal pasti.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada 10.24 malam tadi.Beliau berkata, tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintangor diarah ke lokasi sebaik menerima panggilan itu.

Setibanya di lokasi, komander operasi melaporkan kemalangan membabitkan dua motosikal. Tiga mangsa iaitu semuanya lelaki didapati tidak sedarkan diri dan disahkan meninggal dunia di lokasi,katanya dalam kenyataan, hari ini. Menurutnya, wanita yang parah dikejarkan ke Hospital Sibu menggunakan ambulans Hospital Kanowit. Mayat ketiga-tiga mangsa diserahkan kepada polis dan dihantar ke Rumah Mayat Hospital Sibu untuk tindakan lanjut, katanya.- MM

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here