Kemalangan van persiaran: Seorang lagi maut

Bentong: Seorang lagi mangsa kemalangan sebuah van persiaran di Kilometer 4.8 di laluan turun Genting Highland-Kuala Lumpur, dekat sini, Rabu lalu, meninggal dunia, hari ini,

Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, mangsa, Chew Chong Beh berusia 73 tahun meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL jam 1.46 petang, hari ini.

Polis mengesahkan seramai lapan mangsa meninggal dunia, manakala enam lagi mangsa mengalami kecederaan sehingga jam 6 petang hari ini. Daripada enam mangsa yang cedera, empat dirawat di HKL, seorang dirawat di Hospital Temerloh dan seorang lagi mangsa sudah dibenarkan keluar dari hospital, katanya dalam kenyataan, hari ini.

Sebelum ini, Harian Metro melaporkan polis mengesahkan tujuh individu maut dalam kemalangan itu termasuk pemandu dan kelindan van. Ramli dipetik berkata, lima lagi mangsa yang meninggal dunia adalah wanita dan mereka adalah penumpang van persiaran berkenaan.

Katanya, enam mangsa termasuk pemandu, meninggal dunia di tempat kejadian, manakala seorang lagi mangsa iaitu kelindan van meninggal dunia di HKL. Menurutnya, van persiaran berkenaan dipercayai dalam perjalanan pulang dari Genting Highlands ke Pulau Pinang, namun siasatan masih diteruskan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here