Kuala Lumpur, Nov 6.
Seorang lelaki ditahan selepas disyaki membuat hantaran berbaur ugutan jenayah terhadap Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain, berkata pemilik akaun di aplikasi X berusia 28 tahun itu ditahan di Setapak, kelmarin.
Permohonan reman mengikut Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah ke atas lelaki itu dibenarkan selama tiga hari.
Setakat ini, empat laporan polis diterima berhubung isu sama, katanya dalam kenyataan semalam.





















