Gaduh di lampu isyarat: Polis minta tampil bantu siasatan

SEREMBAN: Polis sehingga kini masih belum menerima sebarang laporan berhubung insiden pergaduhan melibatkan dua individu yang berlaku di persimpangan lampu isyarat dekat Ampangan di sini. Video kejadian tersebut turut tular di media sosial sejak kelmarin.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Nanda Maarof berkata, pada 4 Mei lalu lebih kurang pukul 4.30 petang, telah terkesan video berdurasi 22 saat yang tular media sosial Twitter. Jelas beliau, video berkenaan memaparkan dua buah kenderaan berhenti di lampu isyarat dan berlaku pergaduhan serta tumbuk menumbuk di antara dua individu.

Hasil semakan lanjut mendapati kejadian tersebut berlaku di lampu isyarat di Ampangan namun pada masa dan tarikh yang tidak dapat dipastikan. Sehingga kini, tiada sebarang laporan polis diterima berhubung insiden yang berlaku katanya dalam kenyataan.

Tambah beliau, punca kejadian pergaduhan tersebut tidak dapat dipastikan dan mana-mana pihak yang mempunyai maklumat berkaitan diminta untuk tampil ke balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.

https://www.utusan.com.my/wp-content/uploads/WhatsApp-Video-2023-05-05-at-17.23.45.mp4?_=1

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here