Harga Beras

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan harga Beras tempatan tidak akan mengalami kenaikan seiring dengan beras import daripada India meningkat.
Harga beras diimport dari India mengalami kenaikan harga hampir 40 peratus pada kebelakangan ini. Walaupun harga beras import meningkat, kerajaan tak akan menaikkan harga beras tempatan.

Kerajaan harus memastikan perkara itu khususnya demi kepentingan golongan sasar tidak berhadapan dengan sebarang isu bekalan beras beliau berkata.Kenaikan harga yang berlaku hanyalah melibatkan beras import dari India. Beras yang dimakan oleh rakyat, tidak boleh naik harga, itulah pendirian kerajaan tetapi ada yang cakap harga beras naik. Kalau beli beras Basmathi kena bayar harga mahal, saya jaga rakyat dan kalau perlu tambah, kita tambah.

Beliau berkata demikian ketika berucap di Ceramah Mega Perpaduan Madani Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram di Sungai Abong.Harga beras dunia melonjak ke paras tertinggi dalam tempoh hampir 15 tahun selepas pengeksport utama, India menyekat penghantaran beras putih bukan basmati pada hujung Julai lalu.Susulan situasi itu, Padiberas Nasional Bhd (Bernas) dalam satu kenyataan memberitahu, harga beras putih import meningkat 36 peratus iaitu sebanyak RM850 satu tan metrik atau 85 sen sekilogram berkuat kuasa kebelakangan ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here