Wanita maut ketika bantu mangsa kemalangan

Bayan Lepas: Seorang wanita dan penunggang motosikal maut dalam kemalangan di Jalan Tun Dr Awang di sini, semalam. Manakala seorang lagi wanita dan pemandu kereta mengalami kecederaan parah.

Difahamkan dua wanita itu adalah pejalan kaki yang cuba membantu penunggang motosikal yang terbabit kemalangan sebelum dirempuh sebuah kenderaan.

Ketua Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bayan Baru, Helmirizal Che Morad berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 11.26 malam.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here