PM Anwar mahu India kongsi kejayaan digital

Jakarta, Sep 7
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mencadangkan kejayaan luar biasa India dalam penembusan digital dikongsi untuk memberi manfaat kepada semua negara anggota ASEAN terutamanya dalam perbankan digital dan kewangan serta di kawasan luar bandar.

“Saya berpendapat isu ini perlu diteroka oleh India dan boleh menyumbang secara besar-besaran kepada kejayaan kita bersama,” kata PM pada Sidang Kemuncak ASEAN-India ke-20, yang diketuai oleh Presiden Indonesia Joko Widodo dan dihadiri Perdana Menteri India Narendra Modi bersempena Sidang Kemuncak ASEAN di sini semalam.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here