Tunku Najihah Mangkat

Kuala Lumpur, Sep 8
Bekas Tunku Ampuan Negeri Sembilan, Tunku Ampuan Najihah Almarhum Tunku Besar Burhanuddin, mangkat di Hospital Cardiac Vascular Sentral Kuala Lumpur, dalam usia 100 di sini pada 6.53 pagi tadi.

Almarhumah adalah Raja Permaisuri Agong kepada Yang di-Pertuan Agong ke-10 Almarhum Tuanku Ja’afar Tuanku Abdul Rahman. Rakyat Negeri Sembilan berduka di atas kemangkatan Tunku Ampuan Najihah yang sangat dekat di hati mereka.

Bekas Tunku Ampuan Negeri Sembilan itu juga adalah Raja Permaisuri Agong kepada Yang di-Pertuan Agong ke-10 Almarhum Tuanku Ja’afar Tuanku Abdul Rahman yang menduduki takhta negara pada 1994 hingga1999.

Almarhumah Tunku Najihah diputerikan pada 1 September 1923 di Seri Menanti, Kuala Pilah dan mendapat pendidikan awal di Tengku Mohamad School Kuala Pilah sebelum melanjutkan pelajaran tinggi di School Of Oriental and African Studies, London.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here