Hadiah untuk rakyat, Isnin atau Selasa ini – Anwar

Bukit Mertajam, Julai-
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi bayangan penghargaan luar biasa yang akan diumumkan adalah langkah kerajaan menangani kos sara hidup yang semakin membebankan.

Anwar berkata, beliau meminta tempoh untuk mengumumkan perkara berkenaan bagi membolehkan Kementerian Kewangan menyediakan ‘kejutan’ itu secara lebih terperinci.

Menurutnya, beliau sedang mencari ikhtiar kerana kenaikan kos sara hidup bukan berlaku dalam negara sahaja, tetapi seluruh dunia,

“Masalah (yang dihadapi) negara kita adalah kos sara hidup. Nak naik gaji dan elaun penjawat awam RM10 bilion campur dengan STR (Sumbangan Tunai Rahmah) RM13 bilion, jadi RM23 bilion.

“Setiap hari di Kementerian Kewangan bergelut cari (pendekatan) yang boleh diumum dalam masa singkat, mesti umum (nak) tangani kos sara hidup.

“Jadi tunggu, kalau tak Isnin, Selasa ini, dalam masa dua ke tiga hari lagi. Pengumuman yang nak dibuat mesti besar, sekarang kita nak bagi mantap dulu (apa yang hendak diumumkan), doa bagi elok-elok,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Peluncuran Pelan Induk Bumiputera, Tunas MADANI dan Projek Perumahan JKPSB di Dewan Besar Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Pulau Pinang, di sini, hari ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here