Petaling Jaya, Sep 8
Seorang wanita dan dua anaknya ditemukan mati di dalam bilik rumah mereka. Mayat tiga beranak itu ditemukan di dalam bilik tidur pertama rumah mereka di Kampung Baru Ampang, Ampang Kuala Lumpur hari ini.
Pintu dan tingkap bilik tersebut ditutup rapat dengan menggunakan pita pelekat. Bekas teman lelaki mangsa yang menyewa bilik di kediaman itu menghubungi polis dan melaporkanya.
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, turut ditemukan arang bersama penyala api diletakkan di bawah sofa bilik itu serta surat wasiat dan wang bercampur.
Polis percaya ini adalah kes bunuh diri dan kejadian berlaku dalam tempoh melebihi 24 jam.
Bagaimanapun siasatan diteruskan bagi mengenal pasti motif dan mengesan sebarang unsur jenayah sekiranya ada, katanya.





















