Gajah tertua di Malaysia, Lokimala mati pada usia 86 tahun

Kuantan, Sep 9
Gajah tertua di negara ini, Lokimala mati pada usia 86 tahun, semalam. Lokimala yang berjasa sebagai denak adalah milik Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah (PKGK), Lanchang Haiwan betina itu dibawa masuk ke negara ini dari Assam, India pada 27 Jun 1974, mati kerana sakit tua.

Ketua PKGK Kuala Gandah, Che Ku Mohd Zamzuri Chik Wan Ab Rahman, berkata sepanjang berada di negara ini, Lokimala membantu Unit Kebajikan Gajah dan Unit Pengurusan Gajah sebelum menyertai pasukan PKGK sebagai gajah denak yang terbabit dalam operasi memindahkan gajah liar yang ditangkap di Semenanjung.

Katanya, terkenal dengan sifat mudah dikawal, jinak, dan rajin, Lokimala terbabit dalam operasi memindahkan sebanyak 150 ekor gajah liar di beberapa negeri sebelum ini. “Lokimala di bawa masuk ke negara ini bersama tiga lagi gajah dari India bernama Ganesh, Lal Bahadur dan Paul Bahadur bagi membantu tangkapan dan pemindahan gajah liar oleh PKGK.

Lokimala juga sebelum ini terbabit dengan aktiviti pertunjukan untuk tontonan pelancong yang datang ke PKGK,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here