Wanita dipuji bantu pesakit

Kuala Lumpur, Sep 9
Tindakan pantas seorang wanita membantu seorang penunggang motosikal yang dipercayai diserang sakit jantung mendapat pujian netizen.Video yang dikongsi pengguna Facebook Purushotaman S Palanisamy itu menunjukkan seorang wanita melakukan bantuan awal CPR ke pada seorang lelaki di tepi jalan.

Difahamkan, kejadian itu berlaku berhampiran sebuah stesen minyak di Klang, pada 5 Sep tember lalu. Purushotaman berkata, lelaki itu mengalami serangan jantung ketika menunggang motosikalnya. Pada permulaan video, seorang wanita dilihat menekan dada lelaki itu dengan kedua-dua tangannya berulang kali dengan dibantu dua lagi orang awam.

Lelaki itu kemudian dibaringkan dan diberikan bantuan CPR secara berterusan sehingga dia sedar. Video itu mendapat lebih 143,000 tontonan dan 1,700 reaksi daripada pengguna media sosial, dengan ramai yang memuji tindakan pantas yang diberikan oleh wanita itu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here