Beras tempatan kurang di pasaran

Kuala Lumpur, Sep 11.
Gabungan Persatuan-persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) menerima banyak aduan berhubung kekurangan bekalan beras tempatan. Fomca juga menerima banyak aduan tentang harga runcit beras putih import naik kata Ketua Pegawai Eksekutif FOMCA, Saravanan Thambirajah.

Beliau berkata pihaknya berpendapat antara faktor berpengaruhan itu adalah berlakunya pembelian panik untuk menyimpan stok beras. Oleh kerana terjadinya senario pembelian panik itu, beras tempatan cepat habis dan akibatnya terjadi kekurangan bekalan di pasaran.

Fomca sarankan kerajaan melihat masalah ini dengan serius. Ramai pada ketika ini menuding jari seolah-olah menyalahkan Padi Beras Nasional Berhad (Bernas).
Rakyat mempersoalkan kenapa beras dimonopoli Bernas, perlu ada persaingan dalam industri beras tempatan dan kena beri peluang lain kepada persaingan, katanya. Beliau berpandangan Bernas sudah memonopoli industri beras dalam tempoh lama, jadi wajar juga beri peluang pihak lain terbabit dalam pengurusan beras.

Suatu perkara yang sebelum ini kita tak pernah hadapi masalah adalah, mengenai keberadaan bekalan beras di pasaran. Sekarang bekalan beras pun bermasalah yang bermaksud ada sesuatu yang tidak kena dan perlu diperbetulkan.
Beras adalah makanan ruji rakyat Malaysia yang sangat penting. Tambahan pula masyarakat terutamanya golongan B40 amat bergantung kepada beras tempatan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here