Anak Istimewa Bersama Agong, Raja Permaisuri

Kuala Lumpur, Sep 14
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berlumpa dengan seorang anak istimewa bernama Missclyen.

Hasrat bapa Missclyen, Roland Jimba, 48, ditunaikan apabila pasangan diraja itu mencemar duli di Kampung Penan Muslim, Bintulu sempena Kembara Kenali Borneo di Sarawak baru-baru ini. Roland Jimba mengkongsikan saat saat yang gembira itu menerusi di Tiktok. Dia berkata anaknya, Missclyen adalah seorang yang istimewa apabila dilahirkan dengan wajah dan tubuh berbulu lebat akibat sindrom congenital generalised hypertrichosis.

Muka anaknya yang berusia dua tahun itu hanya dapat dilihat menerusi aplikasi TikTok dan televisyen semata-mata dan disebabkan itu beliau mahu mempertemukan secara empat mata dengan Tuanku dan Permaisuri Agong.

“Saya berhasrat untuk membawa anak saya berjumpa dengan Agong, selama ini Tuanku berdua hanya dapat melihatnya menerusi gambar yang tular jadi disebabkan sudah sampai di kampung saya, saya ingin mempertemukan mereka,” katanya dalam rakaman video Tiktok. Dalam rakaman video yang sama, Roland dilihat berjaya membawa anaknya berjumpa dengan pasangan berkenaan dan baginda berdua turut menitipkan pesan kepadanya untuk menjaga anak itu dengan sebaiknya.

Dia mengulas lanjut mengenai pertemuan itu, Roland berkata dia dan isterinya, Theresa Anak Guntin, 28, menunggu rombongan diraja itu selama empat jam iaitu antara jam 1.30 tengah hari hingga 5.30 petang.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here