Segamat, Sep 14
Seorang guru pelatih maut selepas terkena renjatan elektrik di sekolah. Mangsa Saiful Asraf Mukhtar 21, dari Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Antarabangsa Kuala Lumpur, maut selepas terkena renjatan elektrik di Sekolah Kebangsaan (SK) Pogoh di sini, pagi tadi.
Dalam kejadian kira-kira jam 9.50 pagi itu, mangsa dikatakan berada di luar makmal komputer membantu kerja pembersihan kerusi meja akibat banjir.
Ketua Polis Daerah Segamat, Superintendan Ahmad Zamry Marinsah, berkata mangsa datang ke sekolah itu bersama sekumpulan rakan dari IPG berkenaan bagi membantu kerja pembersihan pasca banjir.
Sebelum kejadian, mangsa sedang menggunakan alat penyembur air atau ‘water jet’ membersihkan kerusi meja pelajar. Tiba-tiba berlaku renjatan dan mangsa yang berdiri kemudiannya rebah,” katanya di sini, hari ini. Saiful berasal dari Sabah.





















