Akta Kebebasan Maklumat

Petaling Jaya, Sep 15
Kerajaan secara prinsip bersetuju menggubal Akta Kebebasan Maklumat, kata Pejabat Perdana Menteri.

Dalam kenyataan pejabat itu berkata, akta itu akan mewujudkan  garis panduan jelas bagi memberi akses kepada orang awam untuk mendapatkan maklumat daripada badan awam dan kerajaan.

Selaras dengan keputusan tersebut, Akta Rahsia Rasmi 1972 (Akta 88) juga akan dipinda sewajarnya,” katanya.

Katanya, langkah itu diambil bagi memastikan penyampaian perkhidmatan awam dapat dipertingkat dan menggalakkan penglibatan rakyat dalam proses pembentukan dasar negara.

Perkara itu diputuskan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet Tata Kelola Nasional, sebelum ini dikenali sebagai Mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Antirasuah hari ini.

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here