Teluk Intan, Apr-
Seorang remaja lelaki maut manakala tiga lagi terselamat setelah kenderaan jenis Proton Iswara yang dinaiki mereka dipercayai hilang kawalan lalu terbabas ke dalam tali air dekat Parit 9, Jalan Labu Kubong, di sini petang semalam.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Teluk Intan ke lokasi dan mendapati kejadian melibatkan semua mangsa lelaki berusia 18 tahun.
“Tiga orang mangsa dikeluarkan oleh orang awam, seorang lagi didapati maut, tidak tersepit, di lokasi kejadian, setelah disahkan oleh petugas Kementerian Kesihatan Malaysia.
“Anggota bomba melaksanakan kerja-kerja mengeluarkan mangsa lalu menyerahkannya kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya.