Bayi maut dikelar – Ibu ditahan

Johor Bahru, Mac.
Polis mengesahkan punca kematian bayi berusia setahun enam bulan di Taman Cahaya Masai, semalam akibat luka kelar di leher.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Mohd Sohaimi Ishak, berkata jenazah bayi lelaki itu sudah dituntut bapanya pada jam 3.30 petang semalam untuk urusan pengebumian.

Terdahulu, Ketua Polis Johor, Komisioner M. Kumar dilaporkan berkata, seorang ibu dipercayai mengelar bayi lelakinya di rumah mereka di Pasir Gudang, pada jam 1.30 petang semalam.

Siasatan awal mendapati, wanita berkenaan telah menghantar gambar anaknya yang berlumuran darah pada leher melalui aplikasi WhatApps kepada suaminya.

Polis turut merampas sebilah pisau di lokasi kejadian. Mayat mangsa dihantar ke Hospital Sultan Ismail di sini untuk bedah siasat. Setakat ini motif dan punca kejadian masih lagi dalam siasatan.

Bedah siasat yang dilakukan di Jabatan Forensik Hospital Sultan Ismail mengesahkan kematian akibat luka kelar di leher.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here