Warga Emas Rentung Dalam Kebakaran 4 Kenderaan

Petaling Jaya, Sep 16. Empat kereta terbakar dalam satu kejadian di tempat letak kereta pangsapuri Desa Mentari di sini. Seorang  Lelaki warga emas ditemui rentung dalam kebakaran empat kenderaan  awal pagi tadi.Mayat lelaki berusia 67 tahun itu ditemui dalam sebuah daripada kenderaan berkenaan.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kebakaran itu pada 2.45 pagi.

Menurutnya, pasukan daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan Penchala tiba di lokasi kejadian lima minit kemudian.”Kebakaran membabitkan kereta Ford Telestar yang terbakar 100 peratus, Naza Citra terbakar 50 peratus, Proton Wira (lima peratus) dan sebuah lori Daihatsu (lima peratus).

“Terdapat seorang lelaki berusia 67 tahun yang berada di dalam kereta Naza Citra rentung,” katanya dalam kenyataan hari ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here