Kuala Lumpur, Nov 9.
Bekas Menteri Belia Dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dijatuhi hukuman penjara tujuh tahun dan dua sebatan serta denda RM10 juta selepas didapati bersalah terhadap empat tuduhan pecah amanah, salah guna wang dan pengubahan wang haram dana ARMADA BERSATU.
Hakim Datuk Azhar Abdul Hamid mengenakan hukuman itu selepas mendengar hujahan peguam bela bagi diringankan hukuman dan hujahan pemberatan hukuman oleh pendakwaan.
Sementara itu, hakim turut membenarkan permohonan Syed Saddiq untuk menangguhkan hukuman penjara sementara rayuan dikemukakan dan mengarahkan syarat jaminan dikekalkan.




















