Malaysia, Sri Lanka setuju perkukuh hubungan dua hala – PM

New York, Sep 22.
Malaysia dan Sri Lanka bersetuju untuk mengukuhkan hubungan dua hala dalam pelbagai sektor.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata perkara itu dibincangkan semasa pertemuannya dengan Presiden Sri Lanka, Ranil Wickremesinghe di sini, hari ini. Dalam pertemuan itu, kami bersetuju untuk mengukuhkan hubungan dua hala dalam pelbagai sektor untuk faedah bersama,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pejabatnya selepas mesyuarat itu.

Ini termasuk pertukaran lawatan di peringkat tertinggi, sektor perdagangan dan pelaburan, pendidikan, pelancongan dan kebudayaan serta pembangunan sumber manusia. Anwar kini berada di New York untuk menghadiri Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) ke-78.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here