Lelaki Perhabis Lebih RM15k Untuk Lelaki Berusia 53 Tahun

Seorang lelaki  di Indonesia kecewa selepas mendapati bakal ‘isteri’nya itu merupakan seorang lelaki yang berusia 53 tahun.

Tidak cukup dengan itu, mangsa juga telah memberikan wang bernilai 50 juta rupiah (RM15,274.74) seperti mana yang diminta suspek untuk dijadikan sebagai wang hantaran.Difahamkan suspek melakukan penipuan tersebut dengan cara menyamar menjadi seorang wanita dan menipu kenalannya di laman Facebook.

Menurut Ketua Polis Daerah Sulawesi Selatan (Sulsel) AKP Iqbal Usman E, mereka kemudiannya menahan suspek di kediamannya selepas kegiatan suspek itu berjaya dibongkar.

Suspek menggunakan gambar profil wanita bertudung dengan nama akaun Facebook wanita, untuk menipu mangsa.

Memetik laporan Tribune News,Suspek turut mengakui dirinya berusia lingkungan 20-an dan bersedia untuk berkahwin dengan mangsa yang berusia 35 tahun.Suspek kini berada dalam tahanan polis bagi membantu siasatan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here