Sekolah di seluruh negara mengalami kekurangan lebih 20,000 guru

Kuala Lumpur, Sep, 23.
Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia, mendedahkan isu kekurangan guru yang sebelum ini dikaitkan dengan sekolah di pedalaman, sudah ‘menular’ ke institusi pendidikan itu di kawasan bandar.

Presidennya, Aminuddin Awang mendedahkan hampir semua sekolah di seluruh negara kini berdepan masalah kekurangan guru kerana tiada tenaga pengajar baharu ditempatkan bagi menggantikan mereka yang sudah bersara.

Maklumat itu diperoleh berdasarkan kira-kira 50 program turun padang dilaksanakan NUTP di seluruh negara sepanjang tahun ini dengan isu kekurangan guru menyumbang aduan tertinggi bagi setiap sesi.

Malah, beliau berkata, berdasarkan aduan diterima pihaknya, ada sekolah yang pernah mengalami kekurangan sehingga 10 guru pada satu masa, sekali gus menyebabkan bebanan kekosongan itu terpaksa ditanggung oleh tenaga pengajar lain.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here