Gangguan bekalan air di Petaling, Hulu Langat dan KL 10 Oktober ini

Petaling Jaya, Sep 26.
Sebanyak 339 kawasan di tiga daerah di Petaling, Hulu Langat dan Kuala Lumpur mengalami gangguan bekalan air berjadual pada 10 Oktober ini.

Gangguan itu membabitkan 37 kawasan di Petaling, 98 kawasan di Hulu Langat dan 204 kawasan di Kuala Lumpur.

Gangguan dijangka bermula pada 9 pagi dan kerja-kerja ini dijangka siap pada jam 7 malam. Bekalan air dijangka akan mula disalurkan kepada pengguna secara berperingkat apabila sistem agihan sudah distabilkan.

Bekalan air dijangka akan pulih sepenuhnya pada 12 tengah hari, 12 Oktober, katanya dalam kenyataan itu.

Bantuan alternatif melalui lori tangki akan digerakkan kepada pengguna dengan keutamaan diberikan kepada premis-premis kritikal.

Air Selangor berkata, maklumat berhubung gangguan bekalan air berjadual ini boleh diperolehi dari semasa ke semasa menerusi saluran komunikasi rasmi seperti aplikasi Air Selangor, Facebook, Instagram dan Twitter atau hubungi Air Selangor di talian 15300.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here