Patung kuda pun dicuri

Skandar Puteri, Sep 26.
Patung kuda hiasan di sebuah taman perumahan dekat Taman Sri Pulai Perdana, di Johor, hilang dipercayai dicuri dua suspek sebelum ditemui semula kira-kira satu kilometer dari lokasi asal.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Rahmat Ariffin, berkata pihaknya menerima laporan berhubung kejadian pada jam 8.29 pagi kelmarin daripada seorang lelaki berusia 60 tahun.

Lelaki itu memaklumkan pengawal keselamatan bertugas di pos pengawal ‘Perdana Terraces’ mendapati replika kuda itu dilarikan suspek tidak dikenali kira-kira jam 6 pagi, menggunakan sebuah lori dipercayai lori pengangkut sampah.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here