Selangor sedia talian aduan, laporan stok beras

Shah Alam, Sep.27
Orang ramai di Selangor boleh melaporkan kekurangan stok beras di pasaran kepada unit Kawal Selia Padi dan Beras Negeri Selangor menerusi talian aduan disediakan.

Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, unit berkenaan akan mengambil tindakan dalam tempoh 24 jam selepas menerima laporan bagi memastikan bekalan beras tidak terputus di lokasi aduan.

Sekiranya ada kekurangan stok beras di mana-mana tempat di Selangor, laporkan ke Unit Kawal Selia Padi dan Beras Negeri Selangor. Unit ini akan mengambil tindakan dalam tempoh 24 jam selepas menerima laporan agar bekalan beras tidak terputus di lokasi aduan, katanya dalam satu hantaran di Facebooknya pada Rabu.

Amirudin berkata, kerajaan Selangor menggerakkan inisiatif tersebut bagi membantu kehidupan rakyat di negeri berkenaan serta mengelak berlakunya pembelian panik.Orang ramai boleh menghubungi di talian 03-3289 8419 ataupun 017-2230771 untuk bercakap secara terus ataupun melalui aplikasi WhatsApp.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here