6,654 saman dikeluarkan dalam Op Hormat Undang-Undang di KL

Kuala Lumpur, Sep 28.
Sebanyak 6,654 saman pelbagai kesalahan trafik dikeluarkan menerusi Op Hormat Undang-Undang Jalan Raya Polis Kuala Lumpur fasa dua, semalam. Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Sarifudin Mohd Salleh berkata, kesalahan tertinggi direkodkan adalah halangan lalu lintas dengan 5,052 saman.

Kesalahan kenderaan di laluan pejalan kaki atau garisan putih (233), tiada lesen memandu (4), nombor pendaftaran (39), jalan ketika lampu isyarat merah (23) dan lain-lain (1,198).

Bagi saman yang dikeluarkan agensi lain, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengeluarkan 225 saman atas pelbagai kesalahan, katanya dalam satu kenyataan, hari ini. Saifuddin berkata pihaknya turut menahan 13 individu berkaitan pelbagai kesalahan antaranya dadah, imigresen dan kesalahan jenayah.

Sebanyak 28 operasi dijalankan semalam membabitkan Op Mabuk, Op Motosikal, Op Perdagangan, Op khas, Op Pelbagai, Op Halaju, Op Halangan, Op Utama (telefon bimbit), dan Op Utama (Lampu Isyarat).

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here