Bayar tol di 11 lebuh raya boleh guna kad debit, kredit

Sistem kutipan tol Secara Pembayaran Terbuka (SPT) yang membolehkan pengguna lebuh raya membuat bayaran tol menggunakan kad debit atau kad kredit dilaksanakan secara rasmi di 11 lebuh raya, bermula semalam.

Pelaksanaan SPT itu membabitkan Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH), Lebuhraya Koridor Guthrie (GCE), Lebuhraya Sungai Besi (BESRAYA), Lebuhraya Baru Pantai (NPE) dan Lebuhraya Butterworth-Kulim (BKE).

Ia turut melibatkan Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP), Lebuhraya Skim Penyuraian Trafik Kuala Lumpur Barat (SPRINT), Lebuhraya Shah Alam (KESAS), Terowong SMART, Lebuhraya Kuala Lumpur-Putrajaya (MEX) dan Lebuhraya Duta-Ulu Klang (DUKE).

Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi (gambar, bawah) berkata pelaksanaan SPT itu menjadi alternatif baru bagi kaedah pembayaran tol sedia ada seperti kad Touch ‘n Go, SmartTag dan Identifikasi Frekuensi Radio (RFID).
ADS

Objektif kita adalah untuk mudahkan pengguna membuat pilihan sebab sebelum ini hanya ada satu dua sistem sahaja dan mungkin adakalanya kad yang kita ada baki tidak mencukupi.

Jadi sekarang pengguna ada pilihan lain untuk menggunakan SPT, ini juga adalah langkah awal dalam melaksanakan aliran bebas pelbagai lorong kelak, katanya kepada pemberita selepas majlis Pelaksanaan Sistem Kutipan Tol SPT secara rasmi di Plaza Tol Loke Yew Lebuhraya Sungai Besi semalam .

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here