500,000 pengunjung dijangka ke Ipoh sempena Thaipusam

Ipoh, Jan 24.
Seramai 500,000 pengunjung dijangka hadir ke Ipoh sepanjang empat hari bermula Rabu (24 Januari) hingga Sabtu (27 Januari) sempena sambutan perayaan Thaipusam.

Ketua Polis Daerah Ipoh, ACP Yahaya Hassan berkata, seperti tahun sebelumnya terdapat lencongan dan penutupan jalan bagi memberi ruang kepada perayaan serta perarakan pedati juga kavadi di sini.
“PDRM daerah Ipoh menjangkakan kehadiran pengunjung seramai 500,000 orang sepanjang empat hari sambutan hari Thaipusam.

“Antara acara utama ialah perarakan pedati (chariot) dan kavadi dari Kuil Sri Maha Mariamman, Sungai Pari, Buntong ke Kuil Sri Subramaniar di Gunung Cheroh.
“Perarakan pedati dari Kuil Sri Maha Mariamman ke Kuil Sri Subramaniar bermula pada Rabu jam 6 pagi dan dijangka selesai jam 12 tengah hari.”Antara acara utama ialah perarakan pedati (chariot) dan kavadi dari Kuil Sri Maha Mariamman, Sungai Pari, Buntong ke Kuil Sri Subramaniar di Gunung Cheroh.

“Perarakan pedati dari Kuil Sri Maha Mariamman ke Kuil Sri Subramaniar bermula pada Rabu jam 6 pagi dan dijangka selesai jam 12 tengah hari.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here