Kewujudan virus X : KKM siap sedia hadapi

Shah Alam, Sep 30.
Kementerian Kesihatan (KKM) dalam kesiapsiagaan tinggi menghadapi sebarang kemungkinan, berhubung kewujudan penyakit X di negara ini, kata Timbalan Menterinya, Lukanisman Awang Sauni.

Beliau berkata, persediaan itu antaranya berpandukan pengalaman menangani situasi pandemik COVID-19 termasuk beberapa penyakit lain seperti virus nipah, sindrom pernafasan akut teruk (SARS) dan Sindrom Pernafasan Virus Korona Timur Tengah (MERS-CoV) sebelum ini.

Katanya, KKM akan sentiasa membuat pemantauan berhubung sebarang perkembangan penyakit itu di dalam dan luar negara serta memperkukuhkan sistem kesihatan negara untuk menghadapi kemungkinan bakal berlaku.

Saya berharap rakyat tidak bimbang dan maklumat mengenai sebarang penyebaran penyakit atau virus akan terus diuar-uarkan kepada umum, katanya selepas program ‘Lotus’s Ceria Charity Run’ di Setia Alam bersempena Bulan Malaysia Sihat Sejahtera, hari ini.

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here