Jerebu: KPM minta nasihat KKM sama ada tutup sekolah atau tidak

Kuantan, Oct 2
Kementerian Pendidikan akan mendapatkan cadangan dan nasihat Kementerian Kesihatan sama ada sekolah perlu ditutup atau sebaliknya jika bacaan Indeks Pencemaran Udara terus meningkat.

Menterinya, Fadhlina Sidek, berkata pihaknya akan mendapatkan nasihat KKM dari semasa ke semasa.

“Ia bergantung kepada cadangan atau nasihat sama ada menutup sekolah, memakai pelitup muka atau sebagainya,” katanya diminta mengulas situasi jerebu yang melanda negara ketika ini.
Fadhlina juga berkata, semua sekolah di seluruh negara diminta mematuhi garis panduan yang ditetapkan dalam usaha menangani situasi jerebu yang melanda negara ketika ini.

Katanya, jika bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) melebihi 100, tiada sebarang aktiviti luar dilaksanakan di sekolah.Pagi tadi, tiga stesen di Cheras, Nilai dan Shah Alam mencatatkan IPU tidak sihat apabila merekodkan melebihi 150.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here