Nenek 104 tahun sambut hari jadi dengan terjunan udara!

Seorang warga emas berusia 104 tahun dari Chicago berjaya membuktikan bahawa umur hanya sekadar nombor apabila berjaya melakukan terjunan udara.

Dorothy Hoffner melompat keluar dari kapal terbang pada Ahad lalu dan menjadi salah seorang individu paling tua bakal direkodkan dalam Guinness World Record. Semasa berada dalam pesawat tersebut, Hoffner kelihatan memakai sut pakaian payung terjun dan mula melakukan terjunannya.

“Ia sangat menyeronokkan dan damai apabila payung terjun terjatuh atas anda selepas mendarat.Anda boleh melihat seluruh kawasan luar bandar ini. Ia sangat cantik sekali,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here