Kementerian Komunikasi dan Digital kurang berpuas hati dengan TikTok

Kuala Lumpur, Oct 7.
Pengendali aplikasi TikTok akan dipanggil dalam masa terdekat untuk memberikan penjelasan berkaitan kandungan iklan di platform terbabit.

Menteri Kementerian Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil berkata, pelbagai aduan diterima daripada pelbagai pihak berkaitan yang mendakwa menerima impak berkaitan platform ini. Menurutnya, banyak syarikat berbelanja untuk iklan di TikTok, bukan di organisasi media tempatan dan perkara ini memberi kesan kepada industri media tempatan.

“Isu melibatkan virus X yang mana mengatakan jururawat perlu ambil suntikan mencecah lebih 1.5 juta tontonan, bila dipanggil kita lihat tiada tindakan dilakukan,” katanya dalam sidang akhbar selepas Program Pembersihan Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kampung Limau di sini pada Sabtu.

“Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) serta agensi berkaitan akan meneliti beberapa asas berhubung tindakan kerajaan Indonesia mengharamkan aplikasi TikTok Shop sebelum ini.

“Mereka akan dipanggil dalam masa terdekat untuk memberikan penjelasan berhubung perkara itu dan beberapa isu lain yang berbangkit,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here