Kuasa besar dunia perlu pikul tanggungjawab hentikan perang di Palestin – Agong

Kuala Lumpur, Oct 9.
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menggesa masyarakat antarabangsa dan kuasa besar dunia wajar memikul tanggungjawab untuk berusaha menghentikan pertempuran yang berlaku di bumi Palestin serta-merta.

Menurut Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Mejar Jeneral Datuk Indera Zahari Mohd Ariffin, Al-Sultan bertitah, usaha itu perlu segera dilakukan bagi mengelakkan pertumpahan darah lebih teruk.
Ujar beliau, Al-Sultan Abdullah turut menzahirkan sokongan kepada ketetapan Kerajaan Malaysia yang menggesa Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) mengambil tindakan segera untuk menggesa semua pihak menghentikan keganasan, sekali gus menghormati dan melindungi nyawa orang awam.
“Selain itu, Seri Paduka Baginda turut menyeru negara-negara Islam terutamanya Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) untuk bersatu padu membantu menangani kesengsaraan dan masalah yang dihadapi oleh Palestin.
“Ini adalah kerana penafian hak asasi rakyat Palestin, terutamanya pembentukan sebuah negara merdeka dan berdaulat dan penindasan yang berterusan adalah punca utama ketegangan Israel-Palestin berterusan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here