Keputusan rayuan NGO berkait sekolah vernakular 23 Nov

Putrajaya, Okt 10.
Mahkamah Rayuan menetapkan 23 Nov ini untuk keputusan rayuan oleh empat badan bukan kerajaan (NGO) termasuk Majlis Pembangunan Pendidikan Islam Malaysia (Mappim) berhubung isu sekolah vernakular serta penggunaan bahasa Mandarin dan Tamil di sekolah terbabit.

Hakim Supang Lian menetapkan tarikh itu selepas mendengar hujah peguam Mohamed Haniff Khatri Abdulla, yang mewakili Mappim dan dan Gabungan Persatuan Penulis Nasional (Gapena).“Kami memerlukan masa untuk mempertimbangkan hujahan kerana ia melibatkan perkara kepentingan awam. Penghakiman pada 23 Nov,” kata Supang yang bersidang bersama M Gunalan dan Azizul Azmi Adnan.

Mappim, Gapena, Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) dan Ikatan Guru-Guru Muslim Malaysia (I-Guru) merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur ada 29 Dis 2021, Hakim Mahkamah Tinggi Nazlan Mohd Ghazali (kini Hakim Mahkamah Rayuan) menolak saman Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Mappim, Gapena and Isma. GPMS bagaimanapun tidak memfailkan rayuan.

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here