Langkawi, Mei-
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Selasa melancarkan “RIBAT”, kenderaan taktikal ringan mobiliti tinggi (HMLTV) pertama yang direka bentuk dan dibina sepenuhnya oleh syarikat tempatan Mildef International Technologies Sdn Bhd (MILDEF).
Pelancaran tersebut bersempena acara Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2025 (LIMA’25) di Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri (MIEC).
Lebih menarik, RIBAT dinamakan sendiri oleh Perdana Menteri yang membawa nilai simbolik tinggi, serta merujuk kepada semangat berkawal mempertahankan tanah air yang berteraskan iman, patriotisme dan teknologi.
RIBAT merujuk kepada amalan menjaga dan mengawal di persempadanan untuk mempertahankan keselamatan umat. Ia melambangkan kesiapsiagaan, keberanian, dan semangat pengorbanan demi tanah air.
Pada majlis itu, Anwar menyaksikan majlis mendatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara MILDEF dengan syarikat pertahanan utama Indonesia PT PINDAD dan kerjasama tersebut membuka peluang eksport, pemindahan teknologi serta integrasi sistem antara kedua-dua negara serantau.





















