MYAirline gantung operasi serta-merta

Petaling Jaya, Okt 12.
MYAirline menggantung operasinya berkuat kuasa serta-merta disebabkan “cabaran kewangan yang signifikan”.

Menurut syarikat penerbangan tambang murah, pihaknya telah “meneroka semua jalan perkongsian berpotensi dan penjanaan modal” untuk menyelamatkan perniagaannya.

Malangnya, kekangan masa menyebabkan kami tiada pilihan selain mengambil keputusan ini, katanya dalam kenyataannya pagi ini.Sementara itu, Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Mavcom) berkata, pihaknya telah menyediakan talian penting dan saluran khusus untuk membantu pengguna yang terjejas akibat penggantungan operasi MYAirline.

Dilaporkan pada Ahad bahawa Rayner Teo telah meletak jawatan sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) MYAirline berkuat kuasa 7 Okt atas sebab kesihatan. Ketua Pegawai Operasi Stuart Cross kemudiannya mengambil alih tanggungjawab sebagai CEO sementara.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here