KR Ravinderan didakwa bunuh pengawal keselamatan

Ipoh, Okt 19.
Seorang tukang kebun sekolah dihadapkan ke Mahkamah Majistret, di sini hari ini atas pertuduhan membunuh pengawal keselamatan sekolah sama.

Pertuduhan ke atas lelaki itu, KR Ravinderan, 55, dibacakan di hadapan Majistret S Punitha, namun tiada pengakuan direkodkan berikutan kes bunuh di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Mengikut kertas pertuduhan, tukang kebun itu didakwa menyebabkan kematian Faizal Asri, 43, dalam pondok pengawal Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Cina Seri Botani, Simpang Pulai, di sini, dalam kejadian antara jam 3 petang hingga 8 malam, 13 Oktober lalu.

Ravinderan didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara antara 30 hingga 40 tahun atau jika tidak dihukum mati, boleh dikenakan 12 sebatan, jika sabit kesalahan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here