Kerajaan lantik firma perunding tetapkan hala tuju baharu MITRA

Kuala Lumpur, Mac.
Sebuah syarikat perunding dilantik untuk menjalankan soal selidik bagi menghasilkan satu ‘blueprint’ atau pelan tindakan untuk Unit Transformasi Masyarakat India (MITRA).

Bagaimanapun, beberapa ahli Parlimen penyokong kerajaan antaranya RSN Rayer (PH-Jelutong) dan V. Ganabatirau (PH-Klang) tidak berpuas dengan tindakan Kementerian Perpaduan yang diterajui Datuk Aaron Ago Dagang, melantik firma perunding PEMANDU.

Ini kerana, kedua-dua ahli Parlimen berkenaan berpandangan pelantikan PEMANDU, sebuah firma perunding swasta dari Sarawak itu ibarat menenggelamkan peranan Pengerusi MITRA, P. Prabakaran yang baru dilantik, termasuk jawatankuasa khas unit terbabit.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here