Pekerja asing dalam negara melebihi unjuran 2.4 juta

Kuala Lumpur, Okt 19.
Kementerian Sumber Manusia mengakui berlaku lambakan pekerja asing dalam negara dengan jumlahnya melonjak kepada 2.7 juta orang, melebihi unjuran ditetapkan.

Timbalan Menteri Sumber Manusia, Mustapha Sakmud, berkata mengikut unjuran Kementerian Ekonomi, hanya 2.4 juta pekerja asing boleh berada dalam negara ini.

Unjuran ialah 2.4 juta, namun dengan Pelan Kelonggaran Penggajian Pekerja Asing, seramai 2.7 juta pekerja asing berada di Malaysia secara fizikal.

“Ini melebihi unjuran ditetapkan, jadi kita akan pastikan hanya 15 peratus pekerja asing berada di negara ini berbanding keseluruhan tenaga kerja yang ada,” katanya pada sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat, hari ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here